Tuesday 26 July 2011

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH LESTARI


        Majlis pelancaran Program Sekolah Bestari telah disempurnakan oleh GPK HEM iaitu Puan Fadhillah Bte Othman pada hari isnin 25 hb Julai 2011. Acara simbolik yang dilakukan pada hari itu ialah pemberian pokok bunga guru penolong kanan oleh murid-murid daripada ahli Kelab Alam Sekitar. Seterusnya acara menanam pokok oleh GPK Ko kurikulum iaitu En Abd Rashid Bin Amat dan GPK HEM iaitu Puan Fadzillah Bte Othman . Acara yang terakhir ialah bacaan ikrar oleh Ahli Kelab Alam Sekitar. 

KATA-KATA ALUAN TUAN GURU BESAR



Salam sejahtera dan salam satu Malaysia ...    

 Sk Taman Pasir Putih telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran  Malaysia iaitu Sekolah Lestari. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya.
Saya sebagai guru besar sekolah ini dengan penuh harapan agar seluruh warga sekolah serta ibubapa dapat menyumbang tenaga untuk untuk menjayakan program ini agar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dapat mencipta kejayaan demi kejayaan demi anak bangsa dan negara.