Monday 1 August 2011

Aktiviti Sekolah Lestari

Gotong-royong Sekolah Lestari




Pada 16 julai 2011 semua guru telah menjalankan program gotong royong sekolah lestari dengan menyiapkan beberapa projek di tempat-tempat tertentu untuk menjayakan program sekolah lestari


Projek eWaste

 



Projek eWaste merupakan projek untuk membina satu store untuk penyimpanan barang-barang kegunaan harian yang telah rosak seperti komputer , .alat elektronik , barang-barang plastik , kaca serta kertas . Semua barang-barang ini akan dihantar ke tempat kitar semula. Selain itu terdapat bahagian penyimpanan air hujan . dimana air tersebut boleh digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga. Projek eWaste ini dapat mendidik pelajar agar menghargai alam sekitar .Projek ini dijangka siap hujung tahun ini. 

Program 1 Murid 1 Pokok



Program 1 murid 1 pokok akan dijalankan secara berperingkat . Murid-murid yang terpilih  dikehendaki membawa 1 pokok untuk ditanam di kawasan sekolah. Program ini dapat menggalakkan murid -murid menyayangi tumbuh-tumbuhan ciptaan tuhan..



Tuesday 26 July 2011

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH LESTARI


        Majlis pelancaran Program Sekolah Bestari telah disempurnakan oleh GPK HEM iaitu Puan Fadhillah Bte Othman pada hari isnin 25 hb Julai 2011. Acara simbolik yang dilakukan pada hari itu ialah pemberian pokok bunga guru penolong kanan oleh murid-murid daripada ahli Kelab Alam Sekitar. Seterusnya acara menanam pokok oleh GPK Ko kurikulum iaitu En Abd Rashid Bin Amat dan GPK HEM iaitu Puan Fadzillah Bte Othman . Acara yang terakhir ialah bacaan ikrar oleh Ahli Kelab Alam Sekitar. 

KATA-KATA ALUAN TUAN GURU BESAR



Salam sejahtera dan salam satu Malaysia ...    

 Sk Taman Pasir Putih telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran  Malaysia iaitu Sekolah Lestari. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya.
Saya sebagai guru besar sekolah ini dengan penuh harapan agar seluruh warga sekolah serta ibubapa dapat menyumbang tenaga untuk untuk menjayakan program ini agar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dapat mencipta kejayaan demi kejayaan demi anak bangsa dan negara.